Wednesday 8 May 2013

Zikir itu mudah !

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

SUBHANALLAH..

ALHAMDULILLAH..

ALLAHU AKBAR ..

ASTAGHFIRULLAHAL 'AZIM..


Senang sahaja nak ucap zikir kan ? Betul tak wahai sahabat ??
Begitulah ringan saja mulut menyebut tapi sukar nak buat .
Kita sering alpa dan lalai dalam mengingati Allah dari segenap segi sama ada kita lapang atau sibuk.

Zikir bukan saja buat lepas solat bahkan ada saja masa kita zikirlah tak kira dimana2..Islam tak menyempitkan masyarakat bahawa perlu menghadap kiblat,duduk atas sejadah.Bukan ! islam itu kan luas berzikirlah .
Kita perlu cuba meringankan mulut berzikir mengingati Allah dan pada masa yg sama berselawatlah ke atas Nabi kita Rasulullahi sollallahu 'alaihi wasallam..
Mudah kan ?

Sesaat sahaja kita dah zikir ! Allah Allah Allah

Dalam firman Allah :
                 
                                        
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (Q.S. Ar-Ra’du: 28)

Hadis juga menyatakan :
    
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 2675



Ana bukanlah orang yg boleh dikatakan 'ahli zikir',hanya Allah yg berhak menilai apa yg kita buat.Semoga apa yg kita lakukan akan diganjari Allah di akhirat kelak.

Sentiasalah kita mengingatkan antara satu sama lain akan hal ini pada saudara2 kita yg lain. IN SHAA ALLAH

Berilmu,beriman,beramal ! Mudah-mudahan kita tergolong dari orang yg  terus mncari keredhaan Allah ..
                   

Sunday 5 May 2013

IDOLAMU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

  
Alhamdulillah dapat juga ana brjmpa secara live ustaz Don brsama2 isterinya walaupun lihat hnya dari jarak jauh .

Walaupun sekejap tapi ana dapat mendengar cerita seorang budak bernama Tha'labah..Kisah ini mengenai seorang pemuda yg hanya mnjadi budak suruhan Baginda Rasulullah .Pemuda ini begitu takut akn neraka walaupun pada ketika dia tak sengaja terlihat seorang perempuan sedang mandi dek angin bertiup . Nak cerita penuh boleh baca di link  http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1761-thalabah-kisah-pemuda-bercita-syurga.html


Indah bukan cerita ini,Subhanallah Allahuakbar ! Hanya jadi budak suruhan Nabi tapi mendapat layanan seperti ini . Siapalah kita nak dibandingkan dengan mereka terdahulu ..

Objektif ana mengarang cerita ini sebagai santapan minda..apabila dilihat artis,ustaz,profesor x kisah sesiapa kita sudah kagum dan gembira ketika dapat brjumpa mereka ,apatah lg Nabi kita Rasulullah mungkin lagi gembira bercampur malu .Mungkin kerana cara penyampaian ilmu membuatkan kita rasa senang hati ,tapi Allah dan Rasul adalah perlu diutamakan berbanding makhluk Allah yg lain.Bertepatan dengan ayat al-Quran bahawa Rasulullah perlu dijadikan idola/contoh : 

 
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (QS. Al-Ahzab 33:21)


Tidak salah kita menjadikan seseorang itu sebagai idola kita .Apa yg baik kita ambil teladan manakala yg buruk kita jauhi.Jangan sampai obses tak nampak mn yg benar dan salah.Nauzubillahiminzalik !!

Semoga apa yang saya cuba sampaikan kita ambil pengajaran.Barakallahulakum !