Sunday, 5 May 2013

IDOLAMU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

  
Alhamdulillah dapat juga ana brjmpa secara live ustaz Don brsama2 isterinya walaupun lihat hnya dari jarak jauh .

Walaupun sekejap tapi ana dapat mendengar cerita seorang budak bernama Tha'labah..Kisah ini mengenai seorang pemuda yg hanya mnjadi budak suruhan Baginda Rasulullah .Pemuda ini begitu takut akn neraka walaupun pada ketika dia tak sengaja terlihat seorang perempuan sedang mandi dek angin bertiup . Nak cerita penuh boleh baca di link  http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1761-thalabah-kisah-pemuda-bercita-syurga.html


Indah bukan cerita ini,Subhanallah Allahuakbar ! Hanya jadi budak suruhan Nabi tapi mendapat layanan seperti ini . Siapalah kita nak dibandingkan dengan mereka terdahulu ..

Objektif ana mengarang cerita ini sebagai santapan minda..apabila dilihat artis,ustaz,profesor x kisah sesiapa kita sudah kagum dan gembira ketika dapat brjumpa mereka ,apatah lg Nabi kita Rasulullah mungkin lagi gembira bercampur malu .Mungkin kerana cara penyampaian ilmu membuatkan kita rasa senang hati ,tapi Allah dan Rasul adalah perlu diutamakan berbanding makhluk Allah yg lain.Bertepatan dengan ayat al-Quran bahawa Rasulullah perlu dijadikan idola/contoh : 

 
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (QS. Al-Ahzab 33:21)


Tidak salah kita menjadikan seseorang itu sebagai idola kita .Apa yg baik kita ambil teladan manakala yg buruk kita jauhi.Jangan sampai obses tak nampak mn yg benar dan salah.Nauzubillahiminzalik !!

Semoga apa yang saya cuba sampaikan kita ambil pengajaran.Barakallahulakum !





No comments:

Post a Comment