Sunday, 21 April 2013

Muslimahku Sayang


                          

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah,Alhamdulillah,All praise is to Allah ,All praise is to Allah - Maher Zain

Hehe memang betul kita sebagai makhluk yang diciptakan oleh Allah seharusnya bersyukur dengan apa yang telah dijadikan untuk kita baik segi rupa.Semua manusia mesti akan merasa rendah diri apabila dirinya tak sekacak atau cantik macam orang lain.

 Coretan saya kali ni khas buat mereka yang bergelar 'Srikandi Muslimah'

     Wahai    
     Muslimah bijak bestari,

     Tidakkah kamu menyedari,
     Tercipta dikau oleh Ilahi,
     Dari rusuk seorang lelaki.

    Wahai
    Muslimah yang cantik menawan,
    Rupamu sering menjadi tatapan,
    Gayamu lembut dan sopan,
    Sehingga dirimu menjadi tarikan,

   Wahai
   Muslimah berhati mulia,
   Dirimu tercipta sungguh berharga,
   Peliharalah diri dan juga nama
  Seperti zaman Islam dahulu kala.

  Wahai 
  Muslimah yang disayangi,
  Tiba masa perbaharui diri,
  Walau sukar ujian diberi,
  Tanda kasih sayang Ilahi.


Sungguh sedih pada zaman kini sesetengah golongan perempuan di luar sana tak tahu kebaikan menutup aurat dengan sempurna.Mungkin ada yang jahil tapi kita tak boleh terus menghina mereka bukankah kita juga perempuan ?Dalam hadis ada menyebut :

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah SAW dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah SAW:
"Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

Hadis lain juga berbunyi : 

 "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Saya terdiam seketika apabila kawan mengatakan " tak semua perempuan yang bertudung itu baik akhlaknya" . Ya , saya akui dan saya cuba muhasabah diri ,jika kita sebagai kaum hawa ni tak cuba perbaiki diri macam mana seseorang itu akan turut mengikut jejak langkah kita?

Kita yang berkawan dengan mereka haruslah menasihati mereka dengan cara yang berhikmah supaya mereka dapat menerima apa yang ingin kita sampaikan.Mesti ramai juga ingin berubah ke arah lebih baik dan semestinya menuju keredhaan Allah .

        Siapa pernah tengok wanita berpurdah/niqob ? Sejuk saja mata memandang dan timbul rasa rendah diri terhadap mereka . Betulkan ukhti , saya juga merasa demikian tetapi kita perlu ngat saudari berpurdah tapi nak menarik perhatian lelaki pun tiada guna . Sia-sia sahaja !!Walaubagaimanapun kita sebagai hamba Allah tidak berhak nak menilai seseorang kerana Allah lebih mengetahui segala isinya.
 

Berniqob itu bagus , kebaikannya supaya kita selalu menjaga pandangan hati,mata dan pancaindera yang lain.Berniqob juga akn membuatkan kita ingat Allah dan segala tingkah laku dikawal bahkan yang tak berniqob pun kena menjaga . "Budak sekolah agama tapi tak memainkan peranan sebagai seorang muslimah "  . Banyak mata akn memandang , dari situ terserlah siapa diri kita yang sebenar !

Fahamilah wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia umpama kaca mata yang bersinar-sinar tetapi tidak melihat apa-apa . (Mutiara Kata La Tahzan )

Alhamdulillah,Tabarakallah !!

3 comments:

  1. permulaan yg baik.. alhmdulillah.. semoga terus berkongsi ilmu yg bermanfaat :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah ..in shaa Allah akn ditingkatkan lg pd masa akn dtg

    ReplyDelete