Friday, 12 April 2013

Rintihan Hati Seorang Hamba

                         

ketandusan hati melanda diri,
hati yang parah perlu diubati,
mendamba nur tarbiah islam kini,
dari terus menular membahaya diri,
ilmu penawar perlu dicari,
Allah Maha Mendengar rintihan hati ni,
dikirim ilhamNya melalui seorang isani,
kalamullah dan zikir jadi terapi diri,
mentadabbur Al-Quran hari demi hari,
berusaha meresapi dalam hati,
indahnya hidup bertarbiahkn islam dihiasi..



Kadangkala,kita sebagai manusia mungkin tidak sedar bahawa hati ni memberontak dalam mncari nur untuk mensucikan hati .
Cuba anda muhasabah diri,pernahkah anda merasa seperti ingin mencari ketenangan dan kegembiraan hati ? Walaupun ramai manusia ada di depan mata anda tapi akhirnya anda mengeluh jua..

Perhatikanlah ! 
Memang sukar kita nak membuat kebaikan untuk diri sendiri bahkan orang lain.Kita lebih seronok dengan hiburan dunia . Ramai sekali ! 
Hiburan dunia tak mendatangkan apa2 hasil lebih-lebih lagi yang lalai sebaliknya dosa jika kita tak mengawal sebaik-baik mungkin.

Nak berhibur ? Boleh tapi biarlah agama itu menjadikan kita pndai mengawal diri kita.
Sebaik-baik hiburan adalah dengan membaca kalamullah Al-Quran dan selalu berzikir kepadaNya serta selawat ke atas Rasulullah .Nak mendengar kaset atau apa-apa bahan boleh ..Itu lah cara supaya hati kita mendapat santapan yang tenang.

Mungkin orang akan cakap ' nak tnjuk alim konon/pandai ' ' macam dia hebat sangat' dan seumpamanya.Lumrah manusia yang penting apa pengisian yang cuba kita sampaikan kepada mereka. Saya teringat ustzah Hasni salah seorang pendakwah..' dakwah itu untuk semua umat ' jadi kita juga boleh bergiat sama walaupun dengan hanya nasihat .
Rujuk surah al asr : 
    
        Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan menasihati kebenaran dan menasihati supaya sabar.


 Walaupun kita tak banyak ilmu yang ada mungkin dengan ilmu yang sedikit dapat membantu diri dan juga manusia sekeliling.

Tajdid ataupun perbaharui diri kita sedikit demi sedikit walaupun susah.Setiap manusia itu berhak untuk merubah cara hidupnya supaya lebih terarah dan mengikut islam yang sebenar .

---> Jadilah diri kita sendiri !!

 

No comments:

Post a Comment