Tuesday, 9 July 2013

Daurah Lughotul Arobiah

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.....sudah lama ana tak update blog ana ni...
Daurah Lughotul Arobiah ?? 
Apa tu ? 


haaa maknanya Kursus Bahasa Arab ....apa kaitan tajuk ana ni ? 
ermm...

Ana ingin menceritakan pengalaman ana mengikuti Kursus Bahasa Arab ni yang dikendalikan muhadir2 ( dlm bm ckgu la ) dari Pusat Bahsa Arab di Klang...Lebih dari 100 org peserta yg terlibat semasa kami berkampung di Ulu Yam,Batang Kali.

Pada mulanya ana rasa mcm x prcaya dan mmpersoalkn kenapa ana berada di situ ?? Tapi setelah beberapa hari ana mula seronok ! Why ?? 

Kerana di situ,kami belajar dan berlatih untuk bercakap dalam bahasa arab dan tak boleh mengeluarkan sepatah pun ayat BM ...hish susahnya !!! susah tapi itu yang manis ..^_^

Apa je aktiviti ? banyak ! 
antaranya : 1) pertandingan musamarah ( kalam jama'ie )
                   2) lakonan
                   3) baca akhbar
                   4) debat
                   5) main teka-teki
                  6) khutbah
                  7) syair
                  8) nasyid 

menarik kan ??! ... tapi ingt semuanya dalam bahasa arab ..ini adalah untuk meningkatkan kemahiran iaitu mendengar,bercakap,menulis ...kemahiran tersebut tak dapat dicapai jika kita tak mulakan dan cuba untuk bercakap..ana teringat seorg muhadir kami beritahu ' tak akan capai ilmu bg mereka yang malu dan takbur ' jadi kita sebgai hamba Allah ni jangan lupa akan perkara ni

tazkirah juga wujud, tak akn lengkap rasanya hidup jika tak selalu diingatkan terutama dalam bab agama...perkataan baru pun byk kami dengar sehingga sudah mnjadi sebati dalam kehidupan kami nak mendalami bahasa arab...belajarlah bahasa arb ..memang seronok lebih2 lg boleh faham makna al quran ...


             











ini lah tempat yang ana maksudkan ...brgantung pada pihak atasan la nk buat kt mana ..kami dpt kt sini ..ada sungai lg...best !! Alhamdulillah

semoga prkongsian ana ni beri manfaat pd mereka yg ingin tahu apa saja yg kami perolehi ketika mnyertai kursus bahasa arab ,bagi adik2 atau mereka yang teringin jangan takut :)...ma'assalamah ...
                              
                                 BARAKALLAHUFIKUM !




                                                                                                                                                                      

Wednesday, 8 May 2013

Zikir itu mudah !

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

SUBHANALLAH..

ALHAMDULILLAH..

ALLAHU AKBAR ..

ASTAGHFIRULLAHAL 'AZIM..


Senang sahaja nak ucap zikir kan ? Betul tak wahai sahabat ??
Begitulah ringan saja mulut menyebut tapi sukar nak buat .
Kita sering alpa dan lalai dalam mengingati Allah dari segenap segi sama ada kita lapang atau sibuk.

Zikir bukan saja buat lepas solat bahkan ada saja masa kita zikirlah tak kira dimana2..Islam tak menyempitkan masyarakat bahawa perlu menghadap kiblat,duduk atas sejadah.Bukan ! islam itu kan luas berzikirlah .
Kita perlu cuba meringankan mulut berzikir mengingati Allah dan pada masa yg sama berselawatlah ke atas Nabi kita Rasulullahi sollallahu 'alaihi wasallam..
Mudah kan ?

Sesaat sahaja kita dah zikir ! Allah Allah Allah

Dalam firman Allah :
                 
                                        
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (Q.S. Ar-Ra’du: 28)

Hadis juga menyatakan :
    
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 2675



Ana bukanlah orang yg boleh dikatakan 'ahli zikir',hanya Allah yg berhak menilai apa yg kita buat.Semoga apa yg kita lakukan akan diganjari Allah di akhirat kelak.

Sentiasalah kita mengingatkan antara satu sama lain akan hal ini pada saudara2 kita yg lain. IN SHAA ALLAH

Berilmu,beriman,beramal ! Mudah-mudahan kita tergolong dari orang yg  terus mncari keredhaan Allah ..
                   

Sunday, 5 May 2013

IDOLAMU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

  
Alhamdulillah dapat juga ana brjmpa secara live ustaz Don brsama2 isterinya walaupun lihat hnya dari jarak jauh .

Walaupun sekejap tapi ana dapat mendengar cerita seorang budak bernama Tha'labah..Kisah ini mengenai seorang pemuda yg hanya mnjadi budak suruhan Baginda Rasulullah .Pemuda ini begitu takut akn neraka walaupun pada ketika dia tak sengaja terlihat seorang perempuan sedang mandi dek angin bertiup . Nak cerita penuh boleh baca di link  http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1761-thalabah-kisah-pemuda-bercita-syurga.html


Indah bukan cerita ini,Subhanallah Allahuakbar ! Hanya jadi budak suruhan Nabi tapi mendapat layanan seperti ini . Siapalah kita nak dibandingkan dengan mereka terdahulu ..

Objektif ana mengarang cerita ini sebagai santapan minda..apabila dilihat artis,ustaz,profesor x kisah sesiapa kita sudah kagum dan gembira ketika dapat brjumpa mereka ,apatah lg Nabi kita Rasulullah mungkin lagi gembira bercampur malu .Mungkin kerana cara penyampaian ilmu membuatkan kita rasa senang hati ,tapi Allah dan Rasul adalah perlu diutamakan berbanding makhluk Allah yg lain.Bertepatan dengan ayat al-Quran bahawa Rasulullah perlu dijadikan idola/contoh : 

 
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (QS. Al-Ahzab 33:21)


Tidak salah kita menjadikan seseorang itu sebagai idola kita .Apa yg baik kita ambil teladan manakala yg buruk kita jauhi.Jangan sampai obses tak nampak mn yg benar dan salah.Nauzubillahiminzalik !!

Semoga apa yang saya cuba sampaikan kita ambil pengajaran.Barakallahulakum !





Sunday, 21 April 2013

Muslimahku Sayang


                          

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah,Alhamdulillah,All praise is to Allah ,All praise is to Allah - Maher Zain

Hehe memang betul kita sebagai makhluk yang diciptakan oleh Allah seharusnya bersyukur dengan apa yang telah dijadikan untuk kita baik segi rupa.Semua manusia mesti akan merasa rendah diri apabila dirinya tak sekacak atau cantik macam orang lain.

 Coretan saya kali ni khas buat mereka yang bergelar 'Srikandi Muslimah'

     Wahai    
     Muslimah bijak bestari,

     Tidakkah kamu menyedari,
     Tercipta dikau oleh Ilahi,
     Dari rusuk seorang lelaki.

    Wahai
    Muslimah yang cantik menawan,
    Rupamu sering menjadi tatapan,
    Gayamu lembut dan sopan,
    Sehingga dirimu menjadi tarikan,

   Wahai
   Muslimah berhati mulia,
   Dirimu tercipta sungguh berharga,
   Peliharalah diri dan juga nama
  Seperti zaman Islam dahulu kala.

  Wahai 
  Muslimah yang disayangi,
  Tiba masa perbaharui diri,
  Walau sukar ujian diberi,
  Tanda kasih sayang Ilahi.


Sungguh sedih pada zaman kini sesetengah golongan perempuan di luar sana tak tahu kebaikan menutup aurat dengan sempurna.Mungkin ada yang jahil tapi kita tak boleh terus menghina mereka bukankah kita juga perempuan ?Dalam hadis ada menyebut :

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah SAW dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah SAW:
"Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

Hadis lain juga berbunyi : 

 "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Saya terdiam seketika apabila kawan mengatakan " tak semua perempuan yang bertudung itu baik akhlaknya" . Ya , saya akui dan saya cuba muhasabah diri ,jika kita sebagai kaum hawa ni tak cuba perbaiki diri macam mana seseorang itu akan turut mengikut jejak langkah kita?

Kita yang berkawan dengan mereka haruslah menasihati mereka dengan cara yang berhikmah supaya mereka dapat menerima apa yang ingin kita sampaikan.Mesti ramai juga ingin berubah ke arah lebih baik dan semestinya menuju keredhaan Allah .

        Siapa pernah tengok wanita berpurdah/niqob ? Sejuk saja mata memandang dan timbul rasa rendah diri terhadap mereka . Betulkan ukhti , saya juga merasa demikian tetapi kita perlu ngat saudari berpurdah tapi nak menarik perhatian lelaki pun tiada guna . Sia-sia sahaja !!Walaubagaimanapun kita sebagai hamba Allah tidak berhak nak menilai seseorang kerana Allah lebih mengetahui segala isinya.
 

Berniqob itu bagus , kebaikannya supaya kita selalu menjaga pandangan hati,mata dan pancaindera yang lain.Berniqob juga akn membuatkan kita ingat Allah dan segala tingkah laku dikawal bahkan yang tak berniqob pun kena menjaga . "Budak sekolah agama tapi tak memainkan peranan sebagai seorang muslimah "  . Banyak mata akn memandang , dari situ terserlah siapa diri kita yang sebenar !

Fahamilah wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia umpama kaca mata yang bersinar-sinar tetapi tidak melihat apa-apa . (Mutiara Kata La Tahzan )

Alhamdulillah,Tabarakallah !!

Friday, 12 April 2013

Rintihan Hati Seorang Hamba

                         

ketandusan hati melanda diri,
hati yang parah perlu diubati,
mendamba nur tarbiah islam kini,
dari terus menular membahaya diri,
ilmu penawar perlu dicari,
Allah Maha Mendengar rintihan hati ni,
dikirim ilhamNya melalui seorang isani,
kalamullah dan zikir jadi terapi diri,
mentadabbur Al-Quran hari demi hari,
berusaha meresapi dalam hati,
indahnya hidup bertarbiahkn islam dihiasi..



Kadangkala,kita sebagai manusia mungkin tidak sedar bahawa hati ni memberontak dalam mncari nur untuk mensucikan hati .
Cuba anda muhasabah diri,pernahkah anda merasa seperti ingin mencari ketenangan dan kegembiraan hati ? Walaupun ramai manusia ada di depan mata anda tapi akhirnya anda mengeluh jua..

Perhatikanlah ! 
Memang sukar kita nak membuat kebaikan untuk diri sendiri bahkan orang lain.Kita lebih seronok dengan hiburan dunia . Ramai sekali ! 
Hiburan dunia tak mendatangkan apa2 hasil lebih-lebih lagi yang lalai sebaliknya dosa jika kita tak mengawal sebaik-baik mungkin.

Nak berhibur ? Boleh tapi biarlah agama itu menjadikan kita pndai mengawal diri kita.
Sebaik-baik hiburan adalah dengan membaca kalamullah Al-Quran dan selalu berzikir kepadaNya serta selawat ke atas Rasulullah .Nak mendengar kaset atau apa-apa bahan boleh ..Itu lah cara supaya hati kita mendapat santapan yang tenang.

Mungkin orang akan cakap ' nak tnjuk alim konon/pandai ' ' macam dia hebat sangat' dan seumpamanya.Lumrah manusia yang penting apa pengisian yang cuba kita sampaikan kepada mereka. Saya teringat ustzah Hasni salah seorang pendakwah..' dakwah itu untuk semua umat ' jadi kita juga boleh bergiat sama walaupun dengan hanya nasihat .
Rujuk surah al asr : 
    
        Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan menasihati kebenaran dan menasihati supaya sabar.


 Walaupun kita tak banyak ilmu yang ada mungkin dengan ilmu yang sedikit dapat membantu diri dan juga manusia sekeliling.

Tajdid ataupun perbaharui diri kita sedikit demi sedikit walaupun susah.Setiap manusia itu berhak untuk merubah cara hidupnya supaya lebih terarah dan mengikut islam yang sebenar .

---> Jadilah diri kita sendiri !!

 

Wednesday, 10 April 2013

Ukhuwah Fillah

       assalamualaikum warahmatullah ...

           salam ukhuwah ku ucap,
       andai aku jarang brtanya khabar
       tntang dirimu maafknlah diriku.
       jika kamu mnganggap ku telah melupakanmu
       sebaliknya ku mengingatimu.
       aku tahu aku bukan sahabat yang baik
       tapi aku cuba mnjadi sahabat baik sedaya upayaku.
       jika trdapat kekurangan dalam diriku
       maka kamu tegurlah aku wahai sahabat.
       kerana ku mahu kita mnjadi sahabat yang sama2 menuju
       jalan yang diredhai Allah selamanya.       
                                          sahabat seiring dengan hati yang inginkn kenalan yang baik lagi fahami dirinya .  kadangkala perbalahan brlaku namun itu dah mnjadi adat ,apa org kata asam garam


 dirinya mmg dikenali, gelarannya seperti harimau,menegur pelajar x kira kecil atau besar ,tubuhnya kecil namun brbisa apbla marah ,semua bdak takut dengannya bahkan sebaya
 itulah dirimu wahai brgelar cahaya Munirah, waktu skola mmg aku x rapat dgn ko tapi setelah kita brtemu kmbali on FB baru aku terasa kau kwn yg paling hmpir dkt taman ni



  prkenalan brmula dgn brtukar butiran, disangka nama ayhnya serupa tetapi bukan .. dia pndiam namun kelakar , dirinya sederhana lagi ayu wajahnya,ukhuwah semakin  bertaut  antr kita, apa2 selalu nak bersama2 inginkn teman,aku pun mula prgi rehat dgn kau ,ingat lagi ?? itulah dirimu wahai Syafiqah


 kau sangka ku sombong , kau cuba mula brtegur diriku,aku mnyapa dirimu,trbit segan dalam dirimu dah salah sgka trhadapku tp aku cuma trgelak, lumrah manusia tak tahu apa sebenarnya sikap orang lain,kau seorang yg lembut mirip2 mcm aniqah  betul tak Izzatul Nabilah ?? ni la dirimu bagiku...mmg betul pun..

 
dirinya trasing dari yang lain,timbul rasa simpatiku trhadapnya,mgkin aku boleh buatnya mnjadi kawan.  kau duduk seorg diri di tepi dewan, aku menyapamu saat orientasi brjalan, aku fikir bdak2 hot boleh jd kawan trnyata bkn itu aku harapkan,akhirnya aku mnjadi kawan  kau,walaupun kau berisi tp aku x kisah mmg aku selalu rasa seronok brsama2mu ...Anis Nabilah it's u ..seriusly i mean it !!


kehidupan kau selalu sibuk je aku tengok,selalu tak hadir ke skola,tp kau la selalu gelak besar dkt kelas,aku dgn kau biasa2 dulu..kita brkawan sejak adanya ustz R ...kau suruh aku ajar kau..teman g PPAS wktu puasa ..prtama kali aku jejak ke PPAS ..terima kasih aku ucapkn ..hehe dari sini tersemailah rasa sayang aku pada kau , gaduh2 mmg selalu sampai merajuk..semuanya aku kenang..Nini Shaliza kau lah orangnya..

semenjak adanya korang,aku cuba belajar menerima apa adanya korang..
sahabat yang sejati sukar dicari tapi korang dah bertakhta dihatiku...aku mmg tak pndai nak mmbahagiakn korang tapi doa selalu aku titipkan In shaa Allah.

   gembira bersama sedih
   senang bersama susah
   gelisah bersama tenang
   tangis bersama ketawa 
   
ukhuwah yang terbina biarlah brasaskan iman dan taqwa ..Allah dan Rasul sentiasa didahulukan!! uhibbukum fillah <3<3<3


 
   

 
                                         

Sunday, 24 March 2013

Apa itu STAM ??

 




 selalu orang hnya nampak form 6 adlah STPM (Sijil Tnggi Persekolahan Malaysia) tp jika STAM ( Sijil Tinggi Agama Malaysia) mereka kata apa tu ??

mmg tak dpt dinafikan kbykkan msyarakat ada yg x mengenali STAM ni ,
masakan tak..STAM ni biasa trdpt di skola menengah agma ..tak trkecuali maahad tahfiz ..


Apa faedah STAM ni ?? antaranya ...
1) kita dpt mndalami sedikit imu2 brkaitan hukum faraid ( harta pusaka)
2) dpt memahami cerita disebalik tafsir quran dan juga belajar apa itu ulum quran
3) belajar nahu sorof ( tatabahasa)
4) hifz al quran dan tajwid ..
5) tauhid mantiq ( ketauhidan& logik)
6) tamadun islam 

10 subjek yg diambil STAM .. 
1. hifz al quran & tajwid                 6. tauhid & mantiq
2. fiqh & faraid                                  7. insya' & mutola'ah
3. ulum & tafsir                              8. arudh & qofiah
4. nahu & sorof                             9. balaghah
5. adab & nusus                             10. hadith & mustolah
# semua subjek adalah dalam bahasa arab

apa bahsa arab ?? aduh susahnya ! mula2 mmg rasa susah tp lama2 dah biasa rasa seronok apbila belajar....saya mula2 pn mcm tu siap ada ustzah garang lg..semuanya mncipta memori yg x dpt dilupakan wlaupun pnah kena marah semasa buat presentation ..actually ustzh nk didik kita supaya apbila masuk alam U kita dah trbiasa mmbuat presentatian ..


tak perlu gentar adik2 yg nak ambil STAM..belajar dahulu baru rasa bagaimana situasi belajar stam ni..bg yg tak mmpu tak mngapa,setiap manusia Allah mmberikan dia jalan yg trbaik ..

  
cubalah STAM ni mmg seronok  rasa mcm nk dekat saja pd agama .... dalam ayat 216 surah al baqarah cuba fahami makna trsebut .. perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dn boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


kalau adik2 nak tahu ..STAM ni juga berpeluang melanjutkn pelajaran ke timur tengah ( Mesir,Morocco,Jordan) mana2 yang adik2 suka...prngkat SPM pun dah boleh prgi sana..tp ikut pilihan adik2 la ya ..

# nasihat akak jika nak ambil betul2 STAM ni..niat adik2 ambil untuk apa ? sekadar ujian ? bkn apa jika niat tak betul dikhuatiri apa yg adik2 belajar akn lupa..luput dek ditelan masa dan hiburan...
marilah kita bersama2 tajdid al niat !! TABARAKALLAH